HAMPA
Ahad, Februari 08, 2009
Sejak mak awak berkahwin baru dan pindah ke Kuantan, sekali-sekala awak akan ke sana. Salah satu hari bila awak tak ada kat kampung, Lan ajak orang jumpa. Dia cakap dia nak datang pasar minggu kat kampung kita jadi dia harap orangpun datang sama. Dia akan tunggu orang datang kat sana, kat kawasan pondok telefon dekat pasar minggu.
Masa tu orang teruja. Orang tak pernah date dengan Lan macam orang date dengan awak walaupun duduk sekelas. Lepas berjanji dan letak telefon, orang terus bersiap. Semangat berkobar-kobar tapi bila nak keluar, tiba-tiba hujan. Tak ada orang yang nak temankan orang keluar. Kakak orang yang kedua yang lebih sporting cakap kat orang tak payah la pergi hujan-hujan macam ni. Orang berkeras nak keluar jugak sebab dah janji nak jumpa.
Hujan tak lebat sangat, tapi masih orang basah jugak. Tak apalah, orang sanggup redah sebab teruja dah janji nak jumpa dengan dia. Orang sampai kat tempat yang dijanji dalam keadaan basah-basah, tapi tunggu-tunggu Lan tak muncul. Lama orang tercegat sampai pasar minggu pun dah beransur surut. Makin lama makin sunyi. Tinggal orang sendiri terpacak menunggu macam tunggul. Haripun dah makin lewat. Akhirnya orang balik rumah dengan rasa hampa. Lan tak pernah muncul.
Bila sampai rumah, orang dapat panggilan dari Lan. Dia cakap dia tak datang sebab hujan. Dia anggap orang pun takkan datang tunggu dia bila dah hujan macam tu. Takkan orang bodoh sangat hujan-hujan pun nak pergi tunggu jugak? Orang paksa senyum dan iyakan saja. Sampai ke hari ni saat orang tulis ni orang tak pernah cakap yang orang memang ada pergi tunggu dia dalam hujan malam tu. Orang malu sendiri. Mungkin orang memang bodoh.

Ahad, Februari 08, 2009 9:14:00 PTG
dah lama gua tunggu sambungan ni, mungkin akan menyebabkan futsal sekejap lagi tertangguh atau saja online kat kedai mamak bertemankan teh O limau dan perli rakan2...
"biarlah, diorang memang tak punya perasaan...!"
Ahad, Februari 08, 2009 9:36:00 PTG
huhu..
sambungan tergendala sebentar..
malas..
Isnin, Februari 09, 2009 10:00:00 PTG
aku tak kenal kau...
dan kau tak kenal aku...
tapi aku suka arr blog nie...
cam masuk..dengan jiwa aku...
huhuhu
Isnin, Februari 09, 2009 10:18:00 PTG
sila sila..
jemput masuk..
heh..
:)