SENGKETA  

Ahad, Februari 07, 2010

Betul orang cakap, tak ada hubungan yang boleh lepas dari ujian. Sekali tu orang telefon budak lelaki kat kampung kita yang  berkawan dengan awak. Tak ada niat apa pun. Sebab orang tak dapat nak hubungi awak, jadi orang hubungi dia untuk bertanya pasal awak. Orang berbual dengan dia, bercerita. Memang jenis orang macam tu bercakap mesra pot pet pot pet berborak macam-macam. Tak terlintas apa pun di fikiran orang.
 
Beberapa hari lepas tu, awak telefon orang. Orang teruja macam biasa. Mungkin budak tu dah sampaikan pesan pada awak untuk hubungi orang. Tapi perasaan teruja orang berubah jadi terkejut. Suara awak dingin teramat, macam dah tak nak bercakap dengan orang. Hanya orang yang bercakap tapi awak membisu tanpa reaksi. Kenapa ni? Belum sempat orang tanya lebih, tiba-tiba awak cakap awak dah tahu semuanya. Orang terpinga-pinga. Tahu apa? Awak cakap awak tahu orang bercinta dengan kawan awak dan tanpa bagi peluang orang cakap apa-apa, awak terus letak telefon. Orang hanya tergamam sendiri.
 
 

AddThis Social Bookmark Button


INSPIRASI  

Ahad, Januari 10, 2010

Apapun Zal, ini sesuatu yang orang tulis untuk awak. Antara tulisan terawal dalam bentuk 'sampah-sarap' pernah orang hasilkan. Tak ada apa-apa yang istimewa, hanya sesuatu yang mentah dan naif ditulis oleh seorang budak berumur 14 tahun tapi di dalamnya ada jiwa orang. Orang tak pernah nak jadi sasterawan atau apa malah orang tak pernah anggap orang tulis puisi dan orang juga tak pernah baca puisi. Orang cuma tulis untuk luah apa yang orang rasa dengan cara orang sendiri dan walaupun cuma biasa-biasa, orang menulis dari hati. Jadi kalau awak baca, awak akan dapat rasa keikhlasan orang. Orang menulis hanya untuk jujur. :-)


Laksana memburu bayang hitam
Wujud, ternyata dan hadir
Namun....
Sinar suria hanyalah cahaya
Hanya bisa dipandang
Atau mungkin sekadar terasa


Ku puja kata
Bukan kerana bentuk indahnya
Ku hargai kata
Atas maksud di sebaliknya
Harum bau-bauan
Cantik dan berseri warna
Hanya di mata yang melihat
Bukan di telinga mereka yang buta


Gelap dan kelam
Kamarnya dingin
Titis gerimis di senja
Membasah lukisan sugul
Bangkit semangat merentap hak hakiki
Milik setiap manusia bernyawa


Kau bukan mutiara
Bukan permata
Bukan pelita
Tetapi, kau di hati ini
Buat aku yakni seorang insan
Ku syukuri Illahi
Untuk ku abadikan kekasihku
Biar hilang melayang ke akhir nanti
Padamu....

(1996) 

Dan satu lagi, lagu ni untuk awak. Bila rindukan awak, perasaan orang macam ni lah.

Kembali Merindu
(Slam)

Izinkanlah ku titiskan
Airmata keresahanku
Dicengkam kerinduan yang tak bertepi

Biarkan serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam
Yang kita lalui

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Ku cinta padamu'

Ku tebarkan jala cinta
Di persisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku

Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimpi
Jadi realiti

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Kau segalanya'

Ternyata yang indah
Sukarnya dimadah
Bak cahaya tak tertadah
Sehingga
Ku sanggup terhimpit
Di dada waktu
Walaupun lena diulit sepi

Ku kirakan penantian
Penuh siksaan
Rupanya indah
Bak sesaat dalam semaya

Hanya satu pintaku
Ketulusan hati
Agar engkau tahu
Oh...asyiknya
Oh...pedihnya
Penantian 

Sayang awak!



AddThis Social Bookmark Button


SEKODENG PUNYA PASAL  

Orang rasa perhatikan awak tu memang satu tabiat. Bila dah suka, setiap kilas gerak pun kalau boleh nak amati. Dari tingkap bilik, dari ruang tamu. Semacam hobi, intai tengok bila nampak awak melintas.

Satu hari orang kat dapur basuh pinggan. Kat dinding dapur tu ada lubang, betul-betul setentang ke arah rumah awak.  Samar-samar orang nampak awak ada kat sana. Orang apa lagi, dengan tangan bersabun pegang span terus terbongkok-bongkok memulakan aktiviti mengintai. Asyik-mahsyuk. Sampai tak sedar mak orang dah  tercegat kat belakang perhatikan gerak-geri orang. Mak orang sergah, "Intai apa tu?" Terus tersentak orang,  nyaris terpelanting span lepas tu kulat-kulat sambung basuh pinggan buat macam biasa tapi muka rasa macam belang-belang. Malu.


AddThis Social Bookmark Button


GILA BERCINTA  

Bila ingat awak, layan je dengar lagu kembali merindu-Slam. Tapi sebenarnya semua lagu pun layan ingat awak. Orang tengah mabuk cintan memang rasa semua lagu cinta dalam dunia ditulis untuk dia dan kekasih. Lepas tu lagu Nothing Else Matter-Metallica, lagu yang awak suka.

Orang duduk-duduk lepak dalam bilik layan lagu Metallica. Memekak terhangguk-hangguk konon headbanging. Kemudian orang dengar bunyi suara cakap-cakap kat rumah sebelah. Orang intai kot celah tingkap. Awak dengan Mizan dan budak sebelah rumah tengah melepak kat serambi berborak. Awak duduk atas apa tu orang panggil, tembok? Macam pagar separuh sekeliling serambi yang bertemu tiang. Awak duduk kat atas tu, kedudukan yang setentang dengan bilik orang. Awak ikat rambut, pakai kemeja belang putih merah awak tu. Nampak tersengih-sengih lebar je. Orang rasa macam kena karan.

Sambil biarkan radio bising dengan lagu Metallica, orang duduk meniarap atas katil, jadi spy mengintip awak kat rumah sebelah. Pelik betul. Sampai peringkat tu pun masih lagi nak mengintai nak tengok. Teruja lain macam. Entah. Orang seronok tengok awak. Asyik. Pantang nampak, mesti orang akan perhati sampai awak hilang dari pandangan.

Awak tersengih, sekejap-sekejap tertunduk. Awak sedar orang tengah intai tengok awak. Isk, seronok lah. Siapa yang gila bercinta, dalam surat lagi, dalam telefon lagi, jumpa lagi, lepas tu masih juga main intai-intai curi-curi pandang perhati. Memang gila-gila mabuk cintan habis. Tapi, peduli apa. Mabuk cinta dengan awak itu sangat best. Sehabis-habisnya orang turutkan saja rasa hati.


AddThis Social Bookmark Button


MUZIUM