SAYANG, BUAH HATI INTAN PAYUNG  

Sabtu, Jun 20, 2009

Dari masa ke semasa mesti ada sesuatu yang baru orang temui pada diri awak buat orang teruja. Orang tahu awak penuh dengan kejutan tapi tak pernah terfikir awak boleh jadi romantik. Selama ni orang anggap hanya Lan yang romantik, berjiwa sentimental dan awak Mat Rock tak pandai berjiwa-jiwa. Rupanya, sangkaan orang meleset.

Orang masih ingat satu malam orang telefon awak di Kuantan. Masa tu dah tengah malam. Kita berbual, mungkin sebab dah lewat malam dengan suara yang perlahan. Orang terpegun bila waktu tu terserlah sudut halus awak yang bukan senang kelihatan pada zahir rock awak. Cara awak bercakap dengan orang, cukup gentle. Lembut, penyayang. Awak ada sifat tu dalam diri awak. Sifat penyayang.

Dari awal orang selalu lepaskan je dengan awak tak kisah bersikap keanak-anakan tapi bila sifat penyayang awak makin ketara, sifat manja orang pun makin terserlah jugak. Sebenar-benarnya memang orang jenis manja dan suka dimanjakan. Dengan suara perlahan, gentle, bercakap dengan penuh kasih-sayang macam tu, orang melayang-layang sampai ke kayangan. Tak boleh berhenti tersenyum meleret-leret.

Orang tanya awak, awak sayang orang tak. Dapat orang bayangkan riak muka awak waktu awak jawab dengan lunak lembut, "Sayang, buah hati intan payung." Aduh, cairnya! Orang tak tahu betapa awak boleh jadi cukup romantik. Kerana terlalu cair hanyut dalam mabuk kepayang, apa yang awak cakap lagi orang tak tangkap sangat sebab kepala orang penuh dengan 'best best best best'.
Takkan orang nak lepas awak yang lemak berkrim macam ni? Yang pasti, bil telefon orang naik lagi sebab malam tu kita berbual sampai dekat pukul 3 pagi.



AddThis Social Bookmark Button


MUZIUM