INI IALAH IA....
Ahad, Julai 19, 2009
Setelah beberapa ketika berjauhan akhirnya kita jumpa lagi. Malam tu awak pakai tshirt hitam lengan panjang dengan turtle neck. Rambut awak semakin panjang, awak ikat ke belakang. Kita duduk bawah pokok menghadap satu sama lain dekat kawasan jalan baru yang tengah nak dibina. Dulu tak ada semua tu. Kampung kita dah berubah sikit demi sedikit.
Orang ingat, senyuman awak manis sangat. Kita berbual-bual bercerita tentang kehidupan masing-masing. Sambil bercerita awak keluarkan sekeping gambar dari poket jeans, gambar awak. Awak tunjukkan pada orang tapi orang tak nampak jelas sebab masa tu malam. Sambil bergurau dengan spontan awak nyanyi sebaris lirik lagu Sweetchild yang popular masa tu, "Nampak jelas.." Orang tersenyum je.
Awak cerita tentang gambar tu. Bila orang cakap tak nampak awak sengaja menyakat bagitau, "Belakang ni hospital Kuantan. Kat sini ada batu besar...." sambil awak tunjuk-tunjuk pada gambar tu saja kenakan orang. Orang mintak nak tengok tapi awak tak nak bagi. Sampai orang jadi geram. Orang cuba rebut tapi awak lari-larikan gambar tu sambil gelak. Akhirnya orang putus asa malas nak cuba ambil lagi. Bila tengok orang macam merajuk awak pun hulurkan gambar tu dan cakap, "Nak ke? Ya la ambik la." Tapi awak jahat. Bila orang nak ambil awak larikan lagi. Awak gelak-gelak seronok dapat sakat orang. Nakal! Dah puas tengok orang dok terkial-kial cuba dapatkan gambar dari tangan awak baru awak bagi pada orang. Itu la gambar awak yang pertama orang dapat untuk orang simpan.
Orang tegur rambut awak yang makin panjang. Awak tanya, "Tak cantik ke? Hari-hari cuci tau." Memang rambut awak cantik, lurus rapi tapi, panjang la. Masa tu keadaan terbalik rambut orang pulak yang pendek ala boycut sedangkan rambut awak dah cecah bahu. Tahu-tahu awak buka ikatan rambut awak lepas tu awak ikat senget dan letak kat sebelah bahu gaya heroin filem melayu zaman dulu dengan muka selamba sambil tanya, "Kalau ikat macam ni cantik tak?" sebelum awak tergelak. Buruk tau! Tapi orang pun tergelak sama.
Asyik kita berbual-bual orang sedar awak hanya duduk renung orang. Tinggal orang sorang yang bercerita dan awak cuma memerhati, renung orang tak putus sambil tersenyum dengan wajah yang aman tenang. Tiba-tiba orang jadi malu direnung macam tu. Rasa panas pipi orang dan mula tersipu-sipu. Orang suruh awak jangan renung muka orang tapi awak buat tak tahu terus renung dalam senyuman. Malu la orang sampai orang tutup muka dengan tapak tangan. Akhirnya awak ketawa tengok gelagat orang. Macam budak kecik, kan? Memang itu perwatakan orang. Lagi-lagi bila dengan awak.
Perasaan orang di sisi awak malam tu tenang sangat-sangat. Tak pernah seumur hidup orang rasa macam tu. Seolah-olah orang boleh dengar bunyi ombak membuai-buai belai perasaan orang. Indah dan aman sangat. Waktu tu orang sedar yang itu sebenarnya bahagia. Bahagia dalam ertikata sebenar yang belum pernah orang kecapi dalam hidup orang. Orang tahu waktu tu jawapan pada segala persoalan. Orang sayang awak. Ya Zal, orang sayang awak.

0 suara: to “ INI IALAH IA.... ”
Catat Ulasan