LAZAT BERKRIM  

Ahad, Oktober 09, 2011

Masa sekolah seronok, kan? Orang kalau boleh nak je buat awak sekolah balik. Sayang betul orang rapat dengan awak lepas awak dah kena buang sekolah, tak cuba sambung balik. Orang pun cuma budak-budak, mana tahu nak tolong awak macam mana. Apa sangatlah yang orang boleh buat. Waktu umur muda orang lain masih sibuk sekolah, awak dah hidup sendiri merantau tempat orang, bekerja. Benda yang buat awak lebih matang dan berpengalaman berbanding budak-budak sebaya. Orang hormat awak cara tu.

Apapun pada orang, zaman sekolah memang seronok. Itulah waktu yang paling seronok dalam hidup orang. Bila Si Mata Helang@Si Bad Boy ataupun nama dia 'M' mula telefon nombor rumah orang, sebagai budak remaja yang tak fikir rumit-rumit orang layankan saja. Dia dapat nombor telefon orang daripada budak kelas orang yang sekampung dengan dia. 

Berbual dengan 'M' memang menghiburkan. Dia spontan, kelakar, dan jenis yang sangat-sangat berkeyakinan. Orang suka. Orang lebih selesa dengan mereka yang jenis orang, cakap terus-terang. Tak ada nak tahan-tahan kontrol sopan nak susun ayat cakap benda yang masyarakat nak dengar je. Dia cakap orang cantik, hehe. Dia kata orang comel, kening orang unik. Kening lebat bercantum. Dia kata dia suka tengok kening orang, suka tengok mata orang. 

Apa yang paling sinonim dengan 'M' adalah seluar upfit/boot cutnya dan juga Curt Cobain. Dia penggila Nirvana! Kadang-kadang kami bual pasal muzik. Kadang-kadang pasal melukis. Dia macam orang, kaki melukis. Kadang-kadang kami bual pasal komik, pasal majalah Ujang. Masa tu tengah hit kisah bersiri 'Blues Untuk Aku'. Heh. Dekat papan tanda sekolah yang tulis senarai nama pelajar ambil PMR tahun 1997 tu, dia tandakan nama orang buat bingkai, lepas tu tulis 'Blues Untuk Kita'. Memang pakai redah je, tak takut dan tak peduli orang nak cakap apa. Yakin dan berani, dan semestinya, nakal. Orang mengaku. Ciri-ciri bad boy yang mudah buat perempuan tertarik. Kalau orang budak perempuan lain yang tak sayang gila pada buah hati sendiri, memang dah boleh cair tangkap cintan. Tapi orang bukan budak perempuan lain, kan? Orang ada awak. Orang tangkap cintan, cuma dengan awak. Zal, Zal, Zal, Zal. Rizal orang. Satu-satunya!
                              

AddThis Social Bookmark Button


1 suara: to “ LAZAT BERKRIM

  • Alexia aja
    Khamis, Mac 09, 2017 12:02:00 PG  

    Selepas tahun 1997, apa yang jadi dengan hubungan shasha dan rizal? Masa ni aku baru 5tahun. 😊 btw,cerita simple tapi dalam. Emo jugak baca.

MUZIUM