AWAK COMEL!
Selasa, Julai 08, 2008
Sejak dari awal, awak memang sebahagian daripada hidup orang. Kita berkongsi kampung yang sama, asal-usul yang sama, tempat permainan yang sama. Duduk pun selang dua-tiga langkah je. Memang dekat sangat-sangat.
Awak dah ada dari azali. Tercipta je orang atas dunia ni orang memang dah kenal awak. Walaupun tak pernah terfikir awak akan jadi begitu penting dalam hidup orang satu hari nanti, awak memang dah wujud lama kerana awak termasuk dalam lingkungan kehidupan orang.
Awak biasa-biasa je. Orang tak begitu peduli sangat tentang awak kecuali awak budak nakal yang suka buli dan buat pasal. Budak perempuan sebelah rumah tu yang gila-gila kat awak. Bila dia angau sangat nak tengok awak, dia heret orang berlakon pergi kedai semata-mata sebab kedai tu duduk belakang rumah awak. Terintai-intai nak tengok awak. Sehari sampai 7-8 kali ulang ke kedai. Lembu pun boleh tahu.
Orang tak nampak apa-apa yang istimewa pada awak. Macam mana nak nampak? Tak pernah peduli nak tengok pun. Bila orang tengok, itu pun kerana tak sengaja. Orang darjah 6. Balik sekolah selamba je la pakai redah nak masuk rumah tapi bila buka pintu, tengok-tengok awak ada tengah tercongok kat muka pintu main video game. Tergamam sekejap. Awak pun sama tergamam. Masa tu la orang secara tak sengaja tengok awak, tengok dalam erti kata nampak betul-betul.
Kita bertentang mata. Jantung orang berdegup laju dari biasa. Waktu tu orang perasan, comel jugak awak rupanya. Muka bujur sirih. Mata tirus layu ada macam cina-cina sikit. Hidung mancung. Rambut lurus hitam pekat. Kulit cerah. Patut la budak perempuan tu boleh suka kat awak. Ditambah dengan topi hitam macam tu, nampak cool. Orang pun rasa berdebar. Mungkin ada makna tersendiri. Sampai hari ni wajah awak dengan muka kaget berbalas pandangan dengan orang melekat dalam ingatan.

Khamis, Julai 10, 2008 11:28:00 PG
errmm...
Orang tak nampak apa-apa yang istimewa pada awak. Macam mana nak nampak? Tak pernah peduli nak tengok pun. :)
Khamis, Julai 10, 2008 1:19:00 PTG
hmm..