KES CURI!
Khamis, Julai 10, 2008
Lagi sekali awak muncul mencuri perhatian orang waktu orang baru masuk tingkatan 1. Cuti hujung minggu. Orang yang waktu tu belajar kat sekolah berasrama balik rumah. Bersantai petang-petang kat depan rumah tengok budak-budak main bola.
Agak lama jugak orang tak tengok awak. Kebetulan, atau memang ditakdirkan orang tak tahu la. Tiba-tiba awak lalu dekat rumah orang dengan budak sebelah. Apa mimpi, awak berhenti dekat budak-budak tu dan saja nakal join dia orang sama. Ikut main baseball dengan budak-budak.
Orang yang tengah duduk atas tangga depan rumah sekadar perhati lagak awak. Gelak awak, senyum awak. Kenapa dah jadi makin comel ni? Senyuman budak 15 tahun yang sangat manis. Jantung orang buat hal. Dia degup laju-laju. Aduh!
Awak buat pukulan dan lari. Berhenti dalam kedudukan yang berhadapan dengan orang. Tersenyum-senyum, tersengih-sengih membongkok tangan di lutut. Rambut lurus dah mula panjang di depan, jatuh ke dahi sedikit mencecah kening. Aduh lagi sekali! Hati orang pulak buat hal. Rasa macam kena panah sesuatu. Tak sakit, tapi asyik. Apasal ni?
Terus pandang awak. Senyuman awak nampak manis sangat-sangat! Jiwa orang pun dah ikut buat hal. Melayang-layang dan terawang-awang. Rasa macam ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuh. Bergetar! Aduh, Zal.. Rasanya hati orang dah kena curi.

Jumaat, Julai 11, 2008 8:12:00 PG
ermm..
Rasa macam ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuh. Bergetar!!
*Penah rasa situasi begini. Anda? :)
Jumaat, Julai 11, 2008 8:35:00 PG
:)
tak perlu dijawab,rasanya.
Isnin, Julai 14, 2008 7:09:00 PTG
rasa??
Isnin, Julai 14, 2008 8:11:00 PTG
err..
tanda soal untuk apa tu en.am?
Selasa, Julai 15, 2008 4:10:00 PTG
ahh...
biar betol gua ni...
senyuman itu...
umpama getaran
bila tgn basah2 pegang
switch electric...
boleh mati jiwa ni beb...
Selasa, Julai 15, 2008 4:44:00 PTG
karannn..