MALU-MALU
Jumaat, Julai 18, 2008
Selain member kamceng orang bertiga kat sekolah, jiran kat kampung pun tahu jugak perjalanan kisah kita. Orang cakap kat Lina orang suka awak. Awak comel, awak best. Orang minat dan suka sangat kat awak. Orang nak kat awak. Dan sungguh baiknya dia, dengan penuh selamba dia pergi beritahu awak apa yang orang cakap tu. Mulut tempayan!
Geram, tapi kelakar bila dia cerita reaksi awak. Awak macam terpegun lepas tu sanggup berlari kejar dia yang tengah naik motor masa tu, sekat motor dia cabut kunci, semata-mata untuk suruh dia ulang lagi sekali apa yang dia bagitau sebelum tu. Orang tergelak bila dengar. Awak, awak. Orang boleh bayangkan je macam mana muka kaget dan beriya awak masa tu.
Malam tu, orang berdebar tunggu apa yang akan awak cakap dalam telefon tentang perkara tu esok. Macam mana kalau tiba-tiba awak marah? Atau awak anggap orang muka tak malu cakap nak kat budak lelaki? Orang bayangkan macam-macam. Ni semua Lina punya pasal. Biasa la budak perempuan cerita-cerita suka kat budak lelaki, minat budak tu ke budak ni ke. Tapi tak perlu la sampai disampaikan pada tuan punya diri dengan penuh selamba. Malu la!
Esoknya bila awak telefon, rupanya awak yang lebih kaget dan malu-malu daripada orang. Teragak-agak tanya orang tentang apa yang Lina cakap malam tadi. Awak malu-malu tanya betul ke apa yang dia cakap tu. Orang buat-buat tak tahu dan tanya awak balik dia cakap apa. Awak malu habis. Tergagap-gagap nak beritahu. Tengok reaksi awak orang dah faham awak bukan tak suka. Dengan sendirinya orang dapat keberanian dengan awak, jadi nakal, saja menyakat.
Awak tanya orang, "Shasha terima tak?". Orang faham maksud awak terima, tapi saja usik buat-buat tak faham. "Terima apa?" Kesian awak, tergagap-gagap, suara menggeletar hampir tak keluar nak luahkan. Jahat orang usik awak. Tapi entah. Rasa seronok. Awak malu-malu, takut-takut macam tu. Rock habis, tapi gemuruh, menggigil nak luah isi hati kat perempuan. Awak, awak.

Sabtu, Julai 26, 2008 11:38:00 PG
ni dah baca dah ari tu...
apa ni sis,
takkan takde yg baru kot...!
hehehe...
by the way, nice background...
Isnin, Julai 28, 2008 11:14:00 PG
lumrah manusia.
kadang-kadang,kita malas.
hehe..
tq.
Selasa, Julai 29, 2008 5:38:00 PTG
fuh!
bleh nangis beb aku baca...
giler touching..
seram aku..
huh...
malang sekali kesudahan nya tidak indah...xper..yg penting kite da cuba kan..