DUA DALAM SATU  

Rabu, Julai 16, 2008

Dekat sekolah, orang selalu cerita pasal awak kat 3 orang budak perempuan dalam kelas orang. Diaorang dah mula jadi geng orang, member kamceng. Masa orang makin rapat dengan awak, cerita-cerita tentang awak jugak yang buat orang makin rapat dengan diaorang. Rizal itu, Rizal ini. Datang sekolah je mesti bentang laporan apa yang berlaku dengan awak. Teruja sangat!

Member kamceng orang suka orang kawan dengan awak. Terutamanya Hawa. Hehe, klasik kan nama member orang? Masa tu orang kawan dengan Lan jugak, budak kelas orang tapi member-member orang tak suka sangat orang dengan Lan. Diaorang lebih suka awak. Orang seronok sebab bila orang teruja, member-member orang pun teruja sama. Tapi bila pasal Lan, diaorang hambar je.

Diaorang tak berapa suka Lan. Memang dia nampak kerek sikit pun kat sekolah. Orang kawan dengan dia cuma dalam telefon je. Bila dalam kelas, masing-masing buat macam tak kenal. Tak bercakap. Tak ada sape yang boleh terfikir kitaorang berkawan rapat.

Lan budak matang. Masa tingkatan 1, dia nampak macam dah jauh lebih dewasa. Cara dia bercakap dan berborak pun macam orang dewasa, jadi orang lebih serius bila dengan dia. Sifat orang yang suka seni, suka bahasa puitis, suka melukis, lebih terserlah. Orang bersikap matang dan terkawal. Gadis berjiwa seni, puitis. Macam yang Lan selalu gelarkan pada orang, 'Gadis Misteri'. Tengok, bila cerita pasal dia pun tiba-tiba orang dah bunyi serius.

Itulah, Zal. Orang rapat dengan dua orang lelaki yang tengok orang dari sudut perwatakan yang berbeza. Gadis misteri berjiwa seni dan puitis, dan gadis simple yang ceria dan keanak-anakan. Orang nak bandingkan awak berdua pun susah. Dengan Lan lain, dengan awak lain.

Err, macam geli kan gadis, gadis? Budak perempuan la, budak perempuan yang makin remaja. Hihi.. Macam dalam novel sastera dan lirik lagu pulak cakap 'gadis'. :P


AddThis Social Bookmark Button


0 suara: to “ DUA DALAM SATU

MUZIUM