KALAULAH TERFIKIR
Selasa, Ogos 26, 2008
Orang cuba kumpul semua kisah kita untuk muatkan dalam ni tapi terlalu banyak, ada yang orang tercicir. Satu hari orang pernah rakam suara kita tengah berbual dalam telefon. Guna walkman dengan kaset apa entah yang orang rembat. Kaset ceramah ayah orang punya kot. Sedap je cilok buat potong dubbing benda lain. Heh.
Masa borak dengan awak hari tu, Tina kakak Lina ada datang kat rumah orang. Orang suruh dia rakam suara kita dari telefon satu lagi. Pegang walkman sua speaker ke gagang untuk rakam. Bila awak dengar awak tanya, "Shasha rakam ke suara saya?" Orang dengan selamba je cakap ya. Awak jadi malu, mintak orang jangan rakam. Lagi orang seronok. Suara awak cakap 'janganlah rakam' pun kena rakam. Heh. Comel.
Tapi masa tu orang rakam suka-suka je. Saja nak seronok-seronok. Tak pernah terlintas pulak masa tu rakaman tu boleh jadi sesuatu yang bersejarah satu hari nanti. Tak terfikir. Lagipun takut dapat kat mak ayah, orang padam balik tak lama lepas tu. Sayang betul! Orang sepatutnya simpan je. Tak boleh bayangkan kalau la orang tak padam rakaman suara kita dan simpan elok-elok. Pasti ia dah jadi kaset yang paling mahal dan paling rare pernah ada dalam simpanan orang.
Tapi kita memang selalu tak pernah terfikir, kan? Haih....

Selasa, Ogos 26, 2008 1:05:00 PTG
''...Tapi masa tu orang rakam suka-suka je. Saja nak seronok-seronok...''
**tak bersua pun, dpt dgr suara pun jadik la... dulu-dulu.
nowadays jgn record tak tentu pasal Gina, nanti ramai yg 'bluetooth'...!
:)
Rabu, Ogos 27, 2008 11:35:00 PG
:)
nanti kuar youtube..
hehe..