MALAM YANG MANIS
Sabtu, Ogos 09, 2008
Jantung orang berdegup kencang, bercampur antara berdebar dan teruja. Tengok awak jalan langkah demi langkah menghampiri orang, makin melonjak-lonjak rasa hati. Akhirnya awak berdiri berada depan orang, terus melayang jiwa orang.
Malam tak terlalu gelap, nampak wajah awak dengan senyuman yang manis. Apa yang orang ingat, malam tu antara malam paling indah yang pernah orang nampak. Bulan mengambang penuh kat langit. Bintang-bintang bergemerlapan. Angin nyaman bertiup. Awak dengan T-shirt dan jeans, gaya rock awak, berdiri depan mata tersenyum pandang orang. Apa lagi yang perlu orang hurai untuk gambarkan betapa sempurnanya saat waktu tu..
Pertemuan kita takde sebarang perancangan, takde aktiviti, rutin temujanji yang hebat-hebat. Duduk hanya beralaskan rumput, berbumbungkan langit dan dicahayakan dengan bulan dan bintang. Sangat ringkas, sangat bersahaja, tapi pertemuan yang ringkas dan bersahaja tu penyerinya adalah keindahan semulajadi alam yang tak boleh dibeli kat mana-mana. Asli. Sangat-sangat asli.
Dekat rumah awak, sebelah jalan kecil kat kawasan lapang dengan rumput menghijau. Kat situ kita duduk, menghadap satu sama lain. Awak duduk paut lutut. Orangpun sama. Rambut awak jatuh ke muka, lurus cantik. Suka orang tengok. Bibir awak sentiasa tersenyum, wajah berseri-seri. Orang juga sama. Berbunga-bunga jiwa dengan rasa ceria. Dekat awak orang lupa semua benda yang tak best. Dekat awak orang lupa semua masalah yang melanda. Orang cuma ingat gembira. Orang cuma faham girang.
Awak tahu apa yang berlaku kat orang. Pastinya, kita duduk sekampung, jiran dekat. Cerita memang mudah tersebar. Tambah dengan nama mak ayah orang, nama arwah datuk nenek orang kat kampung, memang orang kampung cukup 'prihatin' nak kongsi buah mulut masing-masing menyebar 'perkembangan terkini'. Tapi walaupun awak tahu apa yang orang buat awak tak hakimi tindakan orang, awak tak kritik. Buat orang rasa selesa dan santai, takde sebarang tekanan duduk dengan awak. Memang selalunya macam tu. Sebab kenapa orang suka dan selesa dekat dengan awak. Rasa santai, rasa rileks, takde sebarang tekanan.
Perasaan gugup dan gemuruh masa mula-mula bersemuka dengan awak dulu dah beransur hilang. Orang dah boleh biasakan diri. Seronok dan gembira lebih kuat menguasai jiwa orang daripada yang lain-lain. Kita berborak, macam yang selalu kita buat dalam telefon. Sekarang kita berborak secara bersemuka. Bila dah sesuaikan diri, perbualan jadi santai dan mesra.
Awak cerita tentang pengalaman awak. Awak cakap awakpun pernah lari dari rumah. Awak pergi tidur kat loteng Taski (tadika agama kat kampung). Tapi sehari je. Esok awak dah balik rumah, sebab lapar perut. Huhu. Awak, awak. Orang tergelak je dengar.
Tengah kita sembang-sembang, awak cakap awak nak balik rumah sekejap. Masa tu malam dah makin lewat. Awak tak nak nenek awak bising-bising awak tak balik. Awak suruh orang duduk kat kawasan belakang rumah awak, tunggu awak kat situ.
Jalanraya besar kat belakang belum ada lagi waktu tu. Belakang rumah awak lapang. Orang duduk, lebih cantik nampak pemandangan dengan langit yang luas terbentang. Tak lama, awak muncul dari pintu dapur rumah awak. Awak pasang mesin kat luar tu, basuh baju. Kemudian awak turun, datang pada orang.
Senyuman manis yang orang suka masih terus terukir kat bibir awak. Awak duduk dengan gaya biasa awak. Paut lutut. Orang cukup suka bila awak paut lutut, awak pandang jauh lepas tu awak berpaling pandang orang. Aaah.. Cair.. Awak tahu tak indahnya perasaan tu, Zal?
Bulan gemilang mengambang, cantik hias langit malam payung kita. Awak cerita tentang ayah awak yang dua-tiga kali datang nak ajak ikut balik Kelantan tapi awak tolak sebab nak tunggu orang balik. Orang tahu. Lina dah cerita. Awak cakap awak tak sanggup nak pergi mana-mana selagi orang tak balik, selagi awak tak nampak orang ada depan awak. Orang tersenyum, senyum yang benar-benar datang dari hati.
Duduk bersama, sekejap-sekejap awak balik ke dapur periksa mesin. Tak tahu berapa pusingan awak ulang pasang mesin tu. Sambil sengih awak cakap dah hancur agaknya baju awak dalam mesin asyik ulang basuh. Semua untuk berselindung dari nenek awak demi nak temankan orang. Nenek awak tempelak, sampai berapa jam basuh baju kat luar tak sudah-sudah. Tapi awak tetap keluar, cari alasan yang macam-macam untuk duduk bersama orang.
Kita berbual-bual terus bercerita. Awak sembang tentang minat awak pada rock. "Best la kumpulan XPDC," awak cakap dengan suara yang teruja dan bersungguh. Awak minat XPDC. Orang cakap orang suka lagu 'Titian Perjalanan' dan 'Nafisa'. Lepas tu awak jawab, itu lagu lembut. Awak layan lagu-lagu keras diaorang. Awak suka lagu 'Bahalol', lagu 'Ntahapehapentah'. Heh. Rocker.
Sambil berbual, sekali-sekala kita diam tengok langit, nikmati keindahan bulan dan bintang. Awak lentok kepala awak kat lengan sambil paut lutut. Sama je gaya awak duduk dengan gaya orang duduk. Orang senyum lagi. Gerak-geri dan bahasa tubuh kita sama. Rasa macam comel je. Orang senyum lebar-lebar.
Awak dongak renung je bulan. Wajah tenang ceria. Lepas tu awak pandang orang awak cakap, "Cantik bulan malam ni." Orang angguk perlahan sambil senyum. Lepas tu awak senyum makin manis pada orang sambil cakap, "Kalau boleh nak bagi bulan tu kat Shasha. Kalau boleh dengan dunia-dunia ni sekali nak bagi kat Shasha."
Aduh, Zal. Melayang berbunga-bunga berpohon bercambah je jiwa orang. Mana mungkin orang lupakan saat-saat tu. Macammana nak gambarkan perasaan yang best sangat-sangat? Peristiwa yang berlaku yang buat orang merayau takde tempat tuju mungkin sesuatu yang pahit tapi orang tak peduli langsung sebab ia dah cipta saat-saat terindah yang pernah orang alami dalam hidup orang ni. Saat-saat yang sangat bermakna dan berharga. Perasaan mulus naif tu Zal, takde tukar-gantinya. Luhur bersih dengan selurus-lurus jiwa. Macam keindahan semulajadi alam yang menemani kita. Asli. Sangat-sangat asli.

Sabtu, Ogos 09, 2008 10:39:00 PG
''..Awak minat XPDC. Orang cakap orang suka lagu 'Titian Perjalanan' dan 'Nafisa'..''
..di keheningan mlm ini, aku dihimpit kenangan, sejarah cinta mengajarku, sepanjang hari, sepanjang mlm, dibenakku kau sentiasa lalu menukar jiwa jadi sentimental hati lelaki ini...
-Nafisa (XPDC)
Sabtu, Ogos 09, 2008 10:47:00 PG
semua perempuan yang dinyanyikan lagu tuh oleh sorang lelaki akan rasa sangat bangga dan macam terbang ke langit.