SESUATU  

Jumaat, Ogos 08, 2008

Antara benda yang orang kesalkan ialah kita tak kenal lebih awal, sebelum awak berhenti sekolah. Kalau masa tu kita dah rapat, dah tentu orang akan halang awak buat keputusan terburu-buru.

Dalam telefon macam biasa kita berborak, bercerita. Entah macam mana keluar topik pasal persekolahan. Sayu je bunyi suara awak. Awak cakap awak masih simpan buku-buku teks sekolah dan awak menyesal berhenti sekolah. Sedih orang dengar, tapi orang tak mampu nak tolong apa-apa.

Itulah kehidupan awak. Nak cakap orang bahagia sangat, tak, tapi kehidupan orang jauh lebih baik dari kehidupan awak. Di usia 15 tahun awak dah hidup sendiri. Hidup kat luar berdikari tanpa keluarga. Orang tak tahu kisah sebenar keluarga awak sebab orang tak suka nak tanya tentang perkara yang mungkin sensitif bagi seseorang tapi orang cuma tahu-tahu macam tu je la. Mak ayah awak berpisah. Mak awak dengan keluarga baru di Kuantan. Ayah awak di Kelantan. Kat tengah-tengah nenek dan datuk awak. Awak, tak tahu mana-mana hidup berdikari sendiri.

Sekali pandang, cara hidup awak yang bebas tanpa keluarga nampak macam liar. Memang itulah tanggapan orang kat sekeliling terhadap awak. Orangpun kalau tak rapat dengan awak mungkin akan anggap benda yang sama. Tapi sebenarnya, sedih bila orang fikir-fikirkan. Awak pernah cakap, tak ada sape yang betul-betul nak ambil-tahu dan ambil-berat tentang diri awak. Orang yang tengok dari luar mungkin fikir awak seronok, gembira hidup tanpa dikongkong keluarga walaupun masih muda tapi sunyi dalam hati, siapa yang tahu?

Kalau orang, sekalipun ada rekod kena buang sekolah, macam awak yang kena buang sebab kes bergaduh pukul pelajar lain, dah tentu keluarga orang akan buat sesuatu nak pastikan orang terus sekolah. Tapi awak, tak ada sape yang nak tolong uruskan semua tu. Kehidupan awak agak terbiar. Sedih sebenarnya.

Lebih banyak yang orang tahu tentang awak, lebih mendalam rasanya orang masuk jiwa awak. Mungkin orang mampu kaitkan jiwa awak dengan jiwa orang sendiri. Kita mungkin nampak bersahaja, ceria, tapi di sebalik semua tu ada banyak yang terpendam yang orang lain tak tahu. Walaupun awak bukan luah isi hati mengadu penuh perasaan, tapi hanya dengan ayat ringkas orang boleh hayati dan selami macammana rasanya. Bila awak cakap sunyi, tak ada sape yang betul-betul ambil-tahu perasaan awak, orang boleh faham. Dan sebab orang faham sangat, dalam diam orang menangis. Menangis sebab orang boleh rasa apa yang awak rasa. Orang faham. Faham sangat-sangat.

Orang mula rasa hubungan kita mendalam. Bukan semata-mata riang-ria seronok suka-suka berkawan rapat, tapi kita berhubung jiwa ke jiwa. Tak sentimental, syahdu-syahdan, tapi semacam ada pertalian je yang buat orang rasa jiwa awak. Orang nampak sudut halus pada diri awak. Ada banyak yang tersimpan dan terpendam di sebalik gaya brutal dan rock selamba awak. Awak ada sesuatu.

Dan sesuatu tu seperti memanggil-manggil orang untuk terus meneroka awak dengan lebih dalam.



AddThis Social Bookmark Button


0 suara: to “ SESUATU

MUZIUM