ARIES&AQUARIUS  

Rabu, Ogos 06, 2008

Menjadi rapat dengan awak antara benda yang paling mudah dalam hidup orang. Macam kita ni direstui oleh fitrah alam. Semua tentang awak secara sendirinya ngam elok dengan diri orang. Hatta zodiak kita pun dianggap sebagai gabungan yang ideal.

Awak Aquarius, orang Aries. Orang bukanlah percaya sangat dengan zodiak tapi bila kita dah suka seseorang kita jadi berminat nak tahu macam-macam tentang orang tu. Teruja! Dah tahu tarikh lahir awak, 5 Februari, nak tahu tentang bintang awak pulak, Aquarius. Lepas tu teruja nak tahu macammana kalau zodiak kita digabungkan. Apa yang seronoknya, Aries dan Aquarius memang serasi. Tanpa semua tu pun memang jelas kita serasi tapi orang rasa lagi teruja bila kita ni macam ditakdirkan untuk serasi semulajadi.

"Aries&Aquarius-Sentiasa hangat dan berseri. Anda berdua bertemu secara kebetulan dan akan terus menjadi pasangan yang intim. Hubungan anda sangat serasi namun berhati-hati dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan hubungan anda berdua."

Heh. Itulah bacaan zodiak kita yang orang dapat kot panggilan telefon. Orang masih ingat. Masa tu tahun 1995, terkenal dengan perkhidmatan nombor 600. Orang telefon untuk dengar bacaan keserasian zodiak. Seronok memang seronok. Seronok punya pasal, tak ingat dunia. Bil telefon pun 'seronok' lah jawabnya. Sampai rm1000. Padan muka orang. Kena denda kat ayah keluarkan duit simpanan dalam bank untuk bayar bil telefon yang melambung.


AddThis Social Bookmark Button


2 suara: to “ ARIES&AQUARIUS

MUZIUM