YANG INDAH  

Jumaat, Ogos 08, 2008

Awak tahu, imaginasi dan angan-angan ni kadang-kadang buat kita rasa macam dikhianati. Bodoh je. Tapi takpe la, sekurang-kurangnya orang tahu mak orang sihat dan semuanya elok.

Orang buat keputusan nekad. Diam-diam orang masukkan baju dalam beg sekolah. Esok orang pergi ke sekolah semula macam biasa. Tapi, hanya pergi je macam biasa, bukan balik. Apapun tanggapan orang lain, bodoh, tak matang, jahat, tapi cuma orang je yang tahu kenapa orang nekad tak nak balik rumah. Orang-orang luar, apa yang diaorang tahu? Diaorang nak tahu ke? Siapa yang mendengar? Cuma ada betul atau salah, menghakimi tindakan tapi tak pernah nak menyelami dan memahami kenapa jadi macam tu. Bercakap bercakap bercakap. Semua nak tunjuk pandai tunjuk bijak bagi nasihat, tapi tak pernah cuba untuk mendengar dan mengerti.

Orang dah bosan. Memang dah lama tahu tak ada makna nak bercerita pada sesiapa. Manusia cuma nak bagi komen yang tunjuk diri diaorang pandai, bukan peduli tentang apa yang kita lalui. Memang orang baru 13 tahun malah masih belum genap 13 tahun pun tapi orang dah tahu sangat semua tu. Hakikat, takdir, pilihan, orang faham. Memang orang masih muda, masih mentah, selalu tenang dan ceria je macam tak tahu apa-apa tapi di sebalik semua tu, orang faham tentang kehidupan ni. Cuma orang lain yang tak faham pemikiran sebenar orang sebab semua cenderung untuk menganggap budak-budak bodoh dan mentah, tak mengerti apa-apa. Orang sekadar akur biar diaorang dengan tanggapan macam tu.

Orang hidup sentiasa sesak otak berfikir macam-macam perkara. Orang ni budak, remaja, memang sepatutnya tak berfikir benda-benda berat yang perlu difikir oleh orang dewasa, tapi, siapa yang sedar? Biarlah orang bertindak je macam budak-budak yang belum matang. Ikut hati, tak payah balik rumah. Dah lama orang rasa nak buat macam tu tapi rasional orang menghalang. Sekarang semuanya dah dimulakan untuk orang. Sekali dah tercetus, alang kepalang.

Orang fikir nak ke rumah Hawa, ikut dia naik bas lepas habis sekolah tapi tiba-tiba rasa tak sedap hati, orang tukar fikiran. Nasib baik masa tu orang tak pandai nak merayap pergi jauh-jauh. Naik baspun tak reti, tak ada pengalaman. Akhirnya cuma menyorok pusing-pusing dalam kampung je.

Orang tak pergi rumah Lina. Orang cuma merayau-rayau. Tak tahu dari mana dapat kemahiran pandai menyorok mengelak dari dijumpa keluarga. Dengan beg tersandang kat bahu, berjalan-jalan je sendiri takde tempat tuju. Tapi orang gembira. Masa orang tak tahu punca sorang-sorang malam hari tu tanpa destinasi, ada seseorang yang muncul untuk orang.

Suara yang selama ni biasa menjadi halwa telinga orang terdengar memanggil nama orang. Samar-samar nampak kelibat yang berjalan menghampiri orang. Ah, Zal....


AddThis Social Bookmark Button


0 suara: to “ YANG INDAH

MUZIUM