TAK BENAR TAPI TAK TIPU  

Sabtu, Februari 07, 2009

Bukan orang suka nak main-mainkan perasaan orang lain tapi orang memang tak dapat nak buat pilihan. Orang suka Lan walaupun berbanding awak dia ada ramai kawan perempuan. Mungkin sebab cara bercakap yang romantik dan gaya matang buat budak perempuan minat kat dia. Kadang-kadang, orang rasa macam orang diabaikan tapi sebagai teman yang 'memahami', orang tak ambil kisah. Waktu tu, orang fikir macam tu la kalau bercinta. Kena selalu memahami dan terima semua seadanya. Berkorban, konon-konon.

Sebenarnya orangpun tak tahu macam mana keadaan boleh melarat panjang. Pejam-celik, dah masuk tahun kedua orang ada dua boyfriend. Entah macam mana orang bertahan bercinta lebih dari satu. Mungkin sebab Lan dari kampung lain, jauh sikit jadi orang selamat. Tapi, orang lupa, mulut manusia sentiasa berbunyi.

Salah-seorang budak kelas orang yang agak rapat dengan Lan tinggal kat kawasan berhampiran rumah kita. Tak tahulah apa niat dia buat laporan pada Lan tentang kita. Dia cerita yang orang bercinta dengan lelaki lain kat kampung, orang tak jujur, tak boleh dipercayai, bla bla bla. Memang cerita dia betul, tapi yang dia sibuk masuk campur tu kenapa? Dah tak ada kerja sangat ke nak jadi tukang lapor sukarela? Huh, penyibuk!

Lan telefon tanya orang betul ke tak apa yang dia dengar daripada budak tu. Entah macam mana orang boleh jadi pandai reka-reka jawapan untuk selamatkan diri sendiri. Orang cakap memang orang rapat dengan awak tapi tak ada apa-apa antara kita. Orang cuma minat gaya awak dan tak lebih daripada tu. Mula-mula Lan macam tak puas hati tapi bila orang terangkan, pujuk, akhirnya dia terima. Orang cakap dia yang paling utama dan penting bagi orang daripada yang lain-lain. Memang orang jujur cakap dia macam tu cuma jauh dalam hati, orang tak tahu kenapa dalam masa yang sama orang tak dapat nak lupakan awak.


AddThis Social Bookmark Button


3 suara: to “ TAK BENAR TAPI TAK TIPU

MUZIUM