REKOD BURUK
Sabtu, Februari 07, 2009
Satu hari masa sekolah, Lan tak datang. Orang ada tulis surat kat dia tapi tak dapat nak bagi. Selalunya orang poskan jer tapi entah hari tu orang nak bagi tangan. Kelakar, duduk sekelas tapi tulis-tulis surat siap pos kat pejabat pos. Zaman budak-budak.
Orang tak tahu macam mana nak bagi akhirnya orang kirimkan pada Zahar, budak sama tingkatan tapi kelas lain. Dia tinggal dekat dengan rumah Lan. Zahar pernah jugak telefon orang tapi cuma atas tiket kawan kepada Lan. Sebab dah kenal dan biasa cakap jadi orang tak segan sangat dengan dia. Orang tunggu depan pagar sekolah lepas sekolah dah habis dan bila nampak kelibat dia orang lambai panggil.
Dia datang dengan gaya samseng dia, baju tak berbutang habis, seluar sekolah kain jeans dengan kaki besar, tali pinggang rock yang besar. Rasa kelakar jugak sebab orang perasan dia macam kawal, ada malu-malu jugak bila bercakap dengan orang. Agaknya orang lelaki yang gaya rock dan nampak brutal ni memang pemalu dengan perempuan kot? Heh. Orang bagi surat kat dia mintak bagi kat Lan dan dia cakap Ok. Lepas tu apa lagi, balik rumah la.
Malamnya, Lan bagitau dia dah dapat surat. Orang borak-borak dengan Lan, macam biasa. Siang orang gayut dengan awak, malam orang gayut dengan Lan. Tapi kena pandai-pandai la cover line supaya tak kantoi kat famili. Selalunya tunggu tak ada orang kat telefon atau semua orang dah tidur curi-curi bawak telefon masuk bilik, perlahankan bunyi telefon dan gayut. Memang dari dulu pun orang dah biasa tidur lewat.
Orang cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi, orang bukan tupai, kan? Orang tak melompat-lompat. Heh. Sebenarnya pelik pun ada. Dalam sejarah kehidupan orang, orang sentiasa dikenali sebagai budak baik yang tak pernah buat perangai. Tapi entah kenapa hari tu, tiba-tiba ada budak bagitau orang dipanggil cikgu disiplin. Dah tentu la orang tak percaya, anggap dia main-main. Mustahil orang dipanggil menghadap cikgu disiplin. Tak mungkin la. Jadi orang buat bodoh je la.
Tak lama lepas tu, orang tengok cikgu disiplin dengan muka bengis berjalan masuk dalam kelas dan tahu-tahu dah tercegat depan orang. Dalam terpinga-pinga, orang disoal dengan garang, kenapa tak pergi dia panggil. Rupa-rupanya memang budak tu cakap betul. Cikgu disiplin dah bengang sebab anggap orang biadap tak dengar arahan sengaja tak pergi bila dipanggil. Mana orang tahu? Tak pasal-pasal tak pernah-pernah pun orang ada masalah disiplin. Tak semena-mena, dia ambik buku teks dan hempuk kepala orang depan budak-budak kelas. Rasa terhina betul. Tak pernah orang dibuat macam tu.
Akhirnya orang kena pergi menghadap dia. Sekejap lepas tu Zahar masuk dan kemudiannya Lan. Biar betul? Ni semua gara-gara orang kirim surat kat Zahar suruh bagi pada Lan? Tak pasal-pasal nama orang masuk dalam buku rekod. Memang tak faham langsung. Setakat bagi surat luar sekolah kena masuk dalam buku rekod? Dah la masa tu memang bukan waktu belajar dan bukan dalam sekolah pun. Lagipun waktu tu kebanyakan budak dah balik dan macam tak logik langsung dengan terpacak hulur sesuatu dari tangan terus boleh kesan itu surat cinta dan penerimanya ialah Lan? Pelik betul. Nampak sangat ada orang lapor siap bagi maklumat terperinci. Entah siapa yang dengki sangat tu. Tak pasal-pasal orang, Lan, Zahar kena.

0 suara: to “ REKOD BURUK ”
Catat Ulasan