TAK NAK JAUH
Rabu, Ogos 26, 2009
Orang ingat, tak pernah lupa pun. Lepas dah putus dengan Lan, hari tu orang berjalan kaki ke sekolah dan awak datang dengan motosikal bersama kawan awak. Awak berhenti kat simpang jalan, tunggu orang. Awak senyum-senyum, sengih-sengih, tegur orang. Itu kali pertama kita berjumpa waktu siang dalam keadaan betul-betul jelas. Awak pakai T-shirt kolar warna putih merah dengan jeans biru. Rambut awak yang dah panjang awak ikat ke belakang. Dari motorsikal, awak berjalan naik ke rumah kosong kat simpang tu dan bercakap dari serambi.
Orang memang tak pandai sangat bercakap dengan budak lelaki depan-depan masa tu. Seronok, tapi serba janggal. Malulah. Terang benderang tengahari, awak nampak orang jelas. Macam tak ada ruang langsung orang nak menyorok dari dipandang. Tapi, saat macam tu manis, kan? Malu-malu, sipu-sipu. Kelakar, tapi comel. Orang tengok awak sendiri macam separuh nyawa cuba kawal nak berlagak biasa. Awak cakap dengan orang, tapi awak pandang ke lain. Awak malu macam orang. Orang boleh bayangkan awak menggigil berpeluh-peluh cuba nampak bersahaja.
Kita tak cakap banyak pun. Sebenarnya lebih kepada cuma nak tengok orang yang kita suka. Awak nak tengok orang. Sebab tu awak sengaja bawak motor datang pada orang waktu orang dalam perjalanan nak ke sekolah. Awak cakap awak rancang nak ke JB tak lama lagi. Cari kerja kat sana. Orang tak nak awak pergi. JB bukan dekat. Waktu tu JB macam oversea. Tak nak. Orang tak nak awak jauh.
Mudahnya umur mentah, kita boleh cakap apa yang kita fikir tanpa perlu ambil-kisah tentang keadaan dunia, segala itu dan ini. Tak perlu nak rumit. Orang tak nak awak pergi, jadi orang cakap orang tak nak awak pergi. Tapi awak adalah awak. Orang suka sebenarnya. Awak jawab tak boleh. Awak kena pergi jugak. Awak nak tengok tempat orang, nak cari pengalaman. Dan mudahnya juga umur mentah, kita boleh tunjuk emosi kita tanpa runsing macam-macam. Orang tak gembira awak nak pergi, jadi orang tunjuk tak gembira. Orang masam, muncung. Lepas tu orang cakap dah lewat, orang nak jalan dulu dan orang jalan tinggal awak kat belakang.

0 suara: to “ TAK NAK JAUH ”
Catat Ulasan