SALAH JALAN
Sabtu, September 26, 2009
Orang tak fikir apa-apa pun waktu orang keluar jumpa dengan 'S'. Orang cuma nak lari dari keadaan tertekan. Orang nak lupakan perasaan kecewa awak pergi dari kampung walaupun orang tak rela dan orang nak lari dari kemelut dalam rumah.
Jujur orang sendiri tak tahu kenapa hubungan orang dengan keluarga terutamanya mak ayah agak buruk. Semacam ada jurang yang buat orang tak boleh nak dekat. Bukan orang tak nak tapi orang rasa janggal. Dengan mak pula seolah-olah ada sengketa lama yang buat kami tak boleh nak ada kesefahaman. Hubungan yang renggang jadi makin tegang dari masa ke semasa sampai boleh dikatakan hampir setiap hari kami berselisih faham dan tak bercakap. Memang tipu kalau orang mengaku tak terganggu dengan kehidupan harian macam tu. Orang masih budak, baru 14 tahun. Macam mana orang lain nak harap orang boleh tak terjejas?
Susah orang nak cerita apa yang berlaku tanpa dedahkan kisah peribadi keluarga sikit-sebanyak sebab ianya berkait. Tapi orang cuba tak sentuh sangat. Pendek kata, orang cuba nak melupakan masalah dengan duduk berdua berbual-bual bersama 'S'. Untuk seketika orang lupa benda-benda yang mengganggu fikiran. Memang kalau boleh orang nak berhenti berfikir untuk malam tu dan itulah yang silap. Orang tak patut berhenti berfikir.
Orang terleka, terlupa waktu. Orang tak sedar dah lewat orang masih belum balik rumah. Dah la orang keluar diam-diam tanpa beritahu sesiapa, lepas bergaduh dengan mak pulak tu. Tahu-tahu sayup-sayup dengar keluarga orang dah sibuk memanggil cari orang.
Entah macam mana boleh jadi macam tu. Waktu tu orang masih duduk berdua dengan 'S' tak jauh dari kawasan rumah tapi tempat kita orang duduk agak tersembunyi, tak nampak dari luar. Dari sana orang tengok keluarga orang keluar dari rumah. Masing-masing kalut cuba mencari orang. Belum sempat apa-apa keadaan mula jadi kecoh. Orang sikit pun tak jangka akan jadi macam tu. Rasa terpinga-pinga kejap.
Patutnya orang terus balik bila dah jadi macam tu. Tapi kepala orang macam tersekat. Kalau orang balik, apa yang orang nak cakap? Orang terbayang muka ayah menyoal orang macam penjenayah. Orang terbayang muka mak yang kecewa kerana tak sudah-sudah orang ni bawa masalah dan menyusahkan keluarga. Orang rasa lemas. Orang tak nak berdepan dengan semua tu. Waktu tu orang dah tak fikir jauh. Orang cuma tahu orang nak mengelak dari terpaksa berdepan dengan keluarga dan dengan tak fikir panjang, orang ajak 'S' pergi dari situ, lari daripada ditemui. Memang tindakan yang bodoh sangat!
0 suara: to “ SALAH JALAN ”
Catat Ulasan