KONTROVERSI  

Sabtu, September 26, 2009

Satu kesilapan membawa kepada satu lagi kesilapan. Orang tak rancang dan memang tak pernah berniat tapi tindak balas spontan orang, larikan diri. Orang keluar dengan 'S' dari tempat kita orang jumpa dan diam-diam ikut jalan sunyi sampai kita orang jauh dari kawasan rumah. Kemudian, orang ikut saja 'S' pergi ke kampung dia.

Mula-mula orang fikir nak pergi rumah kawan orang yang tinggal dekat dengan rumah 'S' tapi orang ubah fikiran bila ingat dah terlalu lewat untuk 'bertandang' ke rumah kawan. Siapa yang datang jenguk kawan lepas tengah malam? Jadi orang batalkan niat. Sebaliknya orang merayau-rayau dengan 'S' untuk menghabiskan masa.


Orang tak suka nak ingat apa yang berlaku. Orang tak balik rumah malam tu. Entah kenapa orang tak fikir akibat dari tindakan tak matang orang. Keluar diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa untuk jumpa kawan lelaki yang baru kenal dan kemudian lari dari keluarga, tak balik rumah duduk berdua dengan budak lelaki semalaman. Memang tak ada apa-apa yang berlaku, tapi siapa yang takkan fikir bukan-bukan? 

Tanpa orang duga, tindakan orang telah mencetuskan kontroversi. Kecoh bila satu kampung tahu orang 'hilang' dan masing-masing sibuk mencari. Nak dijadikan cerita, kawan orang yang satu kampung dengan 'S' tahu orang keluar jumpa dengan 'S'. Dia bagitau cikgu sekolah yang kemudiannya menyampaikan pada mak orang. Bukan saja satu kampung, malah satu sekolah dan juga kampung berdekatan tahu pasal apa yang berlaku. 

Orang tahu kawan orang cuma niat nak membantu tapi akhirnya jadi heboh, orang lari ikut budak lelaki. Hanya dalam satu malam, nama orang jadi buah mulut orang ramai dan jadi topik hangat. Apa yang lebih kecoh bila budak-budak kampung orang dengan budak-budak kampung 'S' memang tak ngam dan boleh dikatakan bermusuh. Orang memang betul-betul tak sangka. Apa yang orang buat hanya untuk legakan perasaan jadi satu kisah drama melibatkan semua orang sampai satu kampung, satu sekolah hingga ke kampung-kampung berhampiran kecoh. 

Siang hari esoknya lepas kawan orang bagi maklumat, budak-budak kampung orang datang ke kampung 'S' untuk cari orang. Tak perlu cerita satu-persatu, kesimpulannya orang ditemui dan dibawa balik dan kehidupan harian orang takkan sama lagi macam sebelum ni.


AddThis Social Bookmark Button


2 suara: to “ KONTROVERSI

  • eddie dewanaga
    Isnin, September 28, 2009 4:37:00 PTG  

    mungkin 'orang tu' boleh menghuraikan sikit2 apa yg terjadi bila dah ramai2 serbu mencari, ataupun dalam kisah sang naga, satu pergaduhan tercetus, dengan parang dan pedang, dengan kerambit dan lawi ayam... darah menyembur di sekitar tempat, ada yg tersungkur tak berkutik lagi, ada yg parah menunggu tibanya sang Izrail memanggil.

    sang hero sudah lencun dan kuyup bajunya bermandi keringat dan darah musuh, si heroin basah bermandi airmata. watak antagonis pula mendapat peluang menyerang, sang hero rebah...

    err... macam blog sendiri pulak gua ni!

  • broken_nigina
    Isnin, September 28, 2009 8:33:00 PTG  

    huhu..tiada sebarang aksi ganas yang berlaku..

MUZIUM