MABUK KEPAYANG  

Sabtu, Disember 12, 2009

Orang rasa dunia di sekeliling orang jadi terang bercahaya. Hati orang hangat, selesa. Senyum orang terpancar berseri-seri.  Indahnya. Bahagianya. Tak ada kata-kata mampu gambarkan betapa indah dan bahagianya yang orang rasa. Orang macam dilahirkan semula, pertama kali. Buku hidup yang kosong, menanti untuk diriwayatkan bermula dengan awak.

Gambaran wajah awak yang tersenyum mengangguk terpatri dalam ingatan orang. Orang ingat, abadi. Takkan sekali-kali orang lupa. Perasaan malam tu, suasana malam tu. Sampai bila-bila pun akan kekal dalam memori orang. Orang tak lupa.

Tenang dan leganya hati memandang awak. Rizal orang. Awak pun tersenyum, manis. Orang suka senyuman awak, Zal. Terima kasih. Awak senyum seolah-olah orang tak pernah lukakan hati awak. Awak senyum seolah-olah orang budak yang paling baik, paling dengar cakap, paling bagus. Perasaan macam tu, macam mana nak jelaskan? Bila awak pandang orang, orang rasa seolah-olah orang sangat naif dan comel, rapuh. Awak buat orang rasa seolah-olah awak tangan yang menatang orang, melindungi orang. Hmm. Rasa macam anak kecil. Manja.

Ada apa ya dengan perasaan sayang ni? Macam ajaib. Penawar yang sangat hebat sampai boleh menyembuhkan luka hanya dalam sekelip mata. Baru sekejap tadi kita sama-sama tertekan, sedih, tapi sekarang ceria seolah-olah tak ada pun yang pernah berlaku. Pelik. Mudah betul terubat. Tapi Zal, di sisi masing-masing, macam mana kita nak berduka? 

Orang rasa orang ada alahan dengan awak, Zal. Tak boleh. Kalau awak ada, mesti orang akan jadi teruja dan gembira. Tindak-balas kimia. Ke biologi? Atau mungkin fizik kot? Entah. Orang tak tahu macam mana nak muram lama-lama dengan awak. Orang rasa awak pun sama. Tengok muka awak yang berseri-seri tu. Tersenyum, tersengih.


Lepas kita dah betul-betul tenang dan santai baru perlahan-lahan orang sentuh pasal khabar angin yang orang dengar tentang awak. Orang tak suka mendesak, menyoal sebab tu orang tak terus tanya dari awal. Bila dah OK, baru orang tanya. 

Awak nafi semuanya. Awak sumpah awak tak main benda tu. Leganya hati orang bila dengar. Orang merayu awak jangan buat kerja yang merosakkan diri sendiri. Orang sayang awak. Kalau apa-apa jadi kat awak, orang macam mana? Jaga diri awak baik-baik. Sakit awak, sakit orang. Kalau awak sakitkan diri sendiri, sama macam awak sakitkan diri orang. Orang tak sanggup. Waktu tu orang sedar orang dah anggap jiwa awak sebagai jiwa orang. Jiwa kita. Sehati, sejiwa. Perasaan yang wujud dah semakin kuat. Mendalam.


Selain cerita pasal awak main dadah, orang ada juga dengar cerita pasal awak bertumbuk dekat pasar. Pasar tu bukan pasar tempat jual-jual, tapi tempat yang berbumbung orang kampung selalu lepak. Orang pun tak tahu kenapa orang kampung panggil tempat tu pasar. Mungkin asal-usul tempat tu dibina untuk dijadikan pasar tapi akhirnya tak diguna dan jadi tempat orang lepak. Awak bergaduh, bertumbuk kat situ dengan siapa entah, orang lupa. Orang bukan peduli sangat awak bertumbuk dengan siapa. 


Orang tak bangkitkan langsung cerita tu pada awak. Tak penting nak diperbesarkan. Orang tahu semanis mana pun awak dengan orang, baik, penyayang, awak masih  budak thrash yang brutal. Masa tu budak-budak guna istilah 'Thrash'. Bukan mat rock, tapi mat thrash. Yang pastinya nama awak memang dalam senarai utama mat thrash brutal kat kampung. Orang dah terbiasa. Bukan orang cakap orang suka awak bertumbuk, bergaduh, tapi orang dah kenal perangai awak macam tu dari kecil. Jadi,orang tak hairan. Setakat bertumbuk dah jadi resam awak. Orang lebih hairan kalau awak tak bertumbuk. Serius.


Orang senyum. Senyum lagi. Sebenarnya memang tak pernah berhenti senyum pun. Apa lagi yang kita cerita saat tu, tak masuk kepala orang dah. Orang cuma ingat seronoknya, gembiranya. Rasanya orang dah tak ada atas tanah. Tengah terbang terapung kat udara. Pandang awak rasa nikmat je sampai ke dalam tekak rasa sedap. Macam tengah makan makanan yang paling lazat dalam dunia. Kenyang!


Orang ingat malam tu orang pakai Tshirt hitam. Gambar dia bunga, geli, jadi orang selalu pakai terbalik. Tak kisah. Antara yang sama tentang kita, jenis tak kisah buat apa ikut cara sendiri. Orang pakai kain hitam. Dari dulu tak tahu kenapa orang tak suka pakai seluar. Kain apa entah. Labuh. Nak kata skirt, bukan skirt tapi mungkin skirt kot. Kain pensil? Yang penting, warnanya hitam. Orang pakai selipar. Selipar yang macam kartun Gayour selalu pakai tu. Tahun 1996 masa tu, selipar jenis tu tengah popular. Orang pakai warna hitam. Tapi orang ubah sikit, tukar-tukar silang pusing tali jadi nampak lain. Sebab orang tak suka sama dengan orang lain. 


Memang dari dulu hitam tu warna rasmi orang. Serba hitam. Dari atas sampai bawah. Zal, sebenarnya orang tengah teruja dan seronok cerita pasal kita. Entah apa yang orang menceceh meleret-leret. Tengah terbawa-bawa ni. Awak pulak dengan Tshirt putih kosong, jeans pudar. Orang tengok rambut awak. Panjang. Dah paras bahu. Kelakar bila rambut orang pulak pendek masa tu, macam rambut lelaki. Dah terbalik. 

Tengah orang terbuai-buai melayang dalam dunia sendiri asyik-mahsyuk, tiba-tiba ada orang lalu dekat tempat kita tengah date. Abang Lina. Entah macam mana, tindakan refleks orang terus melompat menyorok celah pokok-pokok kat belakang. Abang Lina berhenti sembang-sembang dengan awak, kemudian tak semena-mena dia tanya, "Tu yang kat belakang tu buat apa pulak dok kat celah pokok?" Awak tersengih je. Huhu. Perlahan-lahan orang keluar dari balik pokok dengan muka merah, malu. 




AddThis Social Bookmark Button


6 suara: to “ MABUK KEPAYANG

MUZIUM