TERIMA KASIH, SAYANG!  

Khamis, Disember 03, 2009

Orang rasa macam kelakar je dalam keadaan mendebarkan boleh pulak berlaku insiden langgar anak ayam tu tapi awak tahu tak kelegaan bila apa yang kita harap-harapkan akhirnya muncul? Berdiri depan awak, dapat lihat kelibat awak dan bersemuka sendiri dengan awak. Malam tu Lina sampaikan pesan awak nak jumpa orang. Ayat biasa awak, 'ada hal'. Orang tahu 'hal' kali ni mungkin bermakna orang takkan bersama awak lagi, tak dapat duduk di sisi awak lagi, tapi orang dah cukup lega dapat juga jumpa awak sebab orang perlu sangat untuk bercakap dengan awak.

Orang berkira bercongak sendiri dalam kepala apa yang patut orang cakap.  Berdebar, takut, rasa bersalah, risau. Macam-macam berserabut dalam fikiran. Tapi entah kenapa dalam keadaan macam tu pun orang masih  juga rasa teruja tengok awak. Awak pakai T-shirt putih dengan jeans. Walaupun hari malam tapi orang masih nampak dengan bias cahaya lampu dan bulan. Susuk  tubuh awak yang tinggi lampai di samping orang. Awak ikat longgar rambut awak yang semakin panjang dan orang jadi asyik. Ah, Zal. Dalam hati terlintas seronoknya awak teman lelaki orang. Awak lawa. Orang tahu bukan itu yang patut orang fikir waktu tu tapi apa boleh buat, ia datang sendiri. Orang suka awak teman lelaki orang.

Dalam memikirkan seronoknya bercinta dengan awak, orang jadi ngeri sendiri bila menyedari semuanya boleh berakhir malam ni. Orang tak nak semuanya berakhir. Wajah awak yang sugul, sedih. Orang terharu. Akhirnya awak bersuara, lemah dan sayu. Awak cakap awak dah tahu apa yang berlaku dan awak cakap sampai hati orang buat macam tu. Awak terluka, kecewa. Apa yang orang buat betul-betul menghampakan awak. Orang tahu, Zal, dan orang boleh bayangkan apa yang awak alami. Dah tentu awak turut dipersenda, diketawa. Buah hati lari ikut lelaki lain, buat hal kecoh satu kampung. Memang awak turut terkena tempiasnya. Orang pun tak tahu macam mana nak mintak awak terima saja semua tu, biar diri diejek dan diketawa. Macam terlalu besar nak mintak.

Hati orang turut sama sedih tengok awak sedih. Kenapa orang tak fikir dulu sebelum buat apa-apa? Besarnya akibat dari sekali bertindak ikut perasaan. Orang marah pada awak, konon nak lepas geram awak pergi jauh dari orang dengan layan budak lelaki lain dan kesan daripada perbuatan tu, sudahnya orang merosakkan imej sendiri, merosakkan nama mak ayah, memalukan keluarga, menyakitkan awak. Ramainya yang tanggung susah atas kesilapan orang. Tapi orang tak pernah sangka akan jadi sampai macam tu. Kenapalah orang tak terfikir sebelum semuanya berlaku?

Orang diam dengar awak berbicara. Memang orang yang salah. Tapi awak salahkan diri mengaku awak yang jahat, tak cukup baik untuk orang sampai orang kena cari lelaki lain di belakang awak. Awak cakap macam tu buat orang rasa lebih bersalah. Orang tak tahu apa nak kata apa lagi selain minta maaf banyak-banyak. Orang tak pernah fikir macam tu. Orang tak pernah anggap awak jahat, atau kurang, atau apa. Salah orang, bukan salah awak. Orang yang bodoh.

Awak diam, tarik nafas panjang, mengeluh lemah. Orang tengok awak termenung. Sayu je perasaan orang. Perlahan-lahan, awak bersuara. Awak lafaz kata-kata yang orang takut nak dengar tu. Awak nak berpisah. Awak nak berpisah dengan orang. Awak cakap tak ada makna nak bersama lagi sedangkan orang dah ada orang lain sampai orang sanggup lari ikut dia. Apa perlu lagi awak ada kat sisi orang. Apa yang berlaku dah tunjuk orang tak perlukan awak lagi. Tapi Zal, bukan! Bukan macam tu. Orang perlukan awak. Orang nak awak, bukan 'S', bukan orang lain, bukan sesiapa. Orang cuma nak awak. Orang tak tahu kenapa orang bermesra layan lelaki lain sedangkan orang cuma nak awak. Orang sendiri pun tak tahu. Memang orang bodoh.

Bila orang dah nak kehilangan awak, semakin orang sedar betapa pentingnya awak. Betul lah orang cakap manusia lebih tahu menghargai bila dah rasa kehilangan dan orang sedang kehilangan awak. Tak nak, Zal. Orang tak nak hilang awak. Orang tak nak awak pergi. Orang perlukan awak. Pentingkan diri sendiri pun biarlah, orang tak boleh biar awak pergi. Jangan tinggalkan orang.

Orang bukan nak tabur janji tapi orang janji takkan buat lagi. Orang mintak supaya awak maafkan orang dan bagi orang peluang sekali lagi. Orang akan buktikan orang mampu setia, tak nakal, tak degil-degil, tak buat perangai. Orang janji takkan layan takkan mesra-mesra dengan lelaki lain macam sebelum ni. Orang takkan buat benda yang awak tak suka dan takkan buat salah lagi. Percayalah, Zal. Lepas ni orang cuma akan mesra dengan awak seorang dan tak ada lagi teman lain selain awak. Insiden macam Lan, macam 'S' takkan berulang lagi. Orang sumpah!

Awak diam. Orang resah. Riak luka masih tergambar di wajah awak. Orang tanya awak masih sayang orang lagi tak dan awak cakap, "Ya, tapi...." Tapi apa, Zal? Awak dah tak sanggup terguris dengan sikap orang lagi ke? Kenangkan orang pernah tipu bercinta dengan awak dan Lan dalam masa yang sama, pernah buat awak sedih dan kecewa dapat tahu kes surat orang pada Lan sedangkan orang cakap dah putus dengan dia kemudian ini pulak, lebih teruk sampai jadi kontroversi, memang patut  pun kalau awak serik dan tak nak bercinta lagi dengan orang. Tapi, boleh tak? Boleh tak tunaikan permintaan orang walaupun  ia melampau? Boleh tak lupakan saja semua tu anggap seolah-olah ia tak pernah berlaku dan terus bersama orang bahagiakan hidup orang macam yang selalu awak lakukan? Orang tahu memang melampau tapi, boleh tak?

Orang gunakan sehabis cara untuk buat awak setuju. Orang pujuk-rayu awak. Hanya satu lagi peluang.  Sumpah orang takkan sia-siakan. Awak sayang orang, kan? Atau, awak rasa malu? Awak cakap memang awak rasa malu. Orang lain mengata awak, ketawakan awak. Hmm. Zal, hina dan memalukan ke orang ni? Orang tanya awak, "Awak rasa terhina ke?"  Lemah jiwa orang, terus tertunduk sugul. Awak menyedari dan cepat-cepat awak jelaskan balik. Bukan awak rasa terhina dengan orang dan anggap orang memalukan cuma awak rasa malu jadi bahan ketawa. Itu je. Awak tak pernah pandang hina pada orang.

Ah, Zal. Orang pandang awak. Tak payahlah berpisah ya, Zal?  Orang mintak dengan awak. Lagi sekali awak terdiam. Awak palingkan muka awak ke tepi layan perasaan. Perlahan-lahan orang bangun melutut dan menghampiri awak. Betul-betul sangat dekat sampai awak tersentak bila sedar orang dah ada begitu hampir di sebelah. Orang pandang awak dengan mata yang syahdu. Tolonglah Zal, bagi peluang lagi sekali kat orang. Boleh tak, Zal? Awak hanya terus berdiam. Orang gelisah. Awak tunduk, masih tak bersuara dan kemudian awak angkat muka pandang orang dan sambil tersenyum, awak mengangguk. Oh, Zal!


AddThis Social Bookmark Button


2 suara: to “ TERIMA KASIH, SAYANG!

MUZIUM