KEKASIH ORANG, TERBAIK  

Ahad, Januari 10, 2010

Dalam ingatan orang, tersemat kemas gambaran awak. Foto minda yang tersimpan dalam album kenangan. Antara yang jelas ada dalam album kenangan itu ialah wajah awak yang girang atas motor waktu orang balik dari sekolah.

Awak memang sentiasa penuh dengan kejutan. Awak tak bagitau awak nak balik kampung. Bila orang jalan kaki balik dari sekolah, tiba-tiba awak melintas dengan motor bonceng kawan baik awak waktu tu, Mizan. Awak ikat rambut panjang awak. Awak pakai singlet putih dengan jeans hitam dan juga kasut hitam. Semua orang tengok aksi awak atas motor datang dekat hanya untuk tengok orang. Awak sengih nakal, sengaja lalu dekat orang sambil kawan awak pulas-pulas handle motor jadikan bunyi enjin bising menarik perhatian semua orang. Orang sengih je. Orang suka adegan nakal macam dalam filem bila Hero sengaja nak dapatkan perhatian nak mengorat Heroin. Awak sengetkan badan dari atas motor, pandang orang tersenyum lebar kemudian menderu laju dengan motor. Rajin awak datang untuk tarik perhatian orang kat sekolah. Heh. Seronok, kan? Dah bercinta pun masih lagi nak mengorat kekasih sendiri.

Orang-orang lain ramai yang pelik kenapa orang bercampur dengan budak samseng macam awak. Dengan rambut panjang, dengan imej rock, dengan gaya brutal, sedangkan orang nampak lemah-lembut dan sopan. Heh. Biarlah dia orang fikir apa dia orang nak fikir. Mana yang samseng mana yang lemah-lembut, kita lebih tahu. Orang rasa dia orang akan terlopong kalau dia orang tengok macam mana kita bila berdua. Semua orang akan terkejut. Awak mungkin lelaki yang paling brutal rapat dengan orang tapi awak juga adalah lelaki yang paling manjakan orang. Orang macam budak kecik dengan awak.

Sampai hari ni segar dalam ingatan orang wajah awak hari tu. Orang suka senyuman nakal yang awak ukir lebar-lebar. Tapi selebihnya, orang suka wajah bujur sirih awak, mata layu awak, tubuh tinggi lampai awak dan bila awak pakai singlet tunjuk lengan macam tu, isk, seksi. Hihi. Sesuai dengan susuk awak. Rasanya lumrah budak kampung biasa buat kerja berat, walaupun tubuh sederhana tapi ada otot-otot. Wah, gatalnya. Tapi kan Zal, di mata orang awak memang macho. Tu yang buat orang bukan setakat suka dan sayang awak malah orang rasa bangga orang suka dan sayang awak. Orang bangga sebab kekasih orang best, cool, ada gaya, kacak, macho, rock.... Riak betul. Heh.


AddThis Social Bookmark Button


0 suara: to “ KEKASIH ORANG, TERBAIK

MUZIUM