RIANG-RIA  

Isnin, Julai 14, 2008

Sebelum pergi sekolah, awak mesti telefon orang. Kita bergayut sampai berjam-jam. Awak biasa telefon dalam pukul 9 pagi. Jadi bila dekat pukul 9 pagi je orang dah siap tunggu kat sebelah telefon. Lagipun tiapkali awak nak pergi pondok telefon, orang kan boleh nampak awak lalu kot tepi rumah orang. Dah faham-faham sendiri.

Kita borak macam-macam. Ada je benda nak cerita. Pot pet pot pet tak berhenti. Orang la yang selalu pot pet pot pet tu. Nampak macam pendiam tapi bercakap tak ingat dunia. Awak pun nampak macam brutal tapi ceria layan orang. Kuat gelak! Kita happy go lucky bila berdua. Memang seronok sangat. Riang-ria. Yang kelakarnya, kita sama-sama nampak macam senyap dan sombong kat luar.

Tiapkali telefon, awak mesti 2-3 pusingan pergi tukar duit syiling kat kedai. Sanggup ulang-alik, berhenti untuk tambah stok syiling lepas tu sambung balik telefon orang. Mesti kaya orang Telekom masa tu, kan? Kadang-kadang tengah bergayut ada orang lain nak guna telefon, awak jadi peronda kampung keliling cari pondok telefon lain yang kosong. Berpindah-randah tukar pondok telefon demi nak gayut dengan orang.

Bila borak, rasa sekejap je masa berlalu. Tak sedar. Tahu-tahu dah tengahari. Orang nak kena pergi sekolah lagi. Tapi seronok borak dengan awak, orang buat bodoh je dekat jam di dinding tu. Awak tanya tak lewat ke nak pergi sekolah, orang jawab selamba, "Awal lagi." Awal la sangat! Sekolah mula pukul 1, pukul 1 orang dok rumah dok gayut dengan awak lagi. Sekali tu belum sempat pergi sekolah, mak orang yang mengajar sesi pagi dah sampai rumah dulu. Panik punya pasal orang sambar kasut sekolah terus terjun kot tingkap. Kat bawah tengah dok nyorok-nyorok nak gerak, dengar mak orang bebel apa la budak ni pergi sekolah tinggal tingkap ternganga. Hehe..


AddThis Social Bookmark Button


2 suara: to “ RIANG-RIA

MUZIUM