MAIN TELEFON
Jumaat, Julai 11, 2008
Orang sekolah kat sekolah asrama tak lama. Sekejap je sebelum tukar ke sekolah harian biasa kat kampung. Kan orang menyorok dekat rumah awak masa tu? Menyorok tak nak balik ke asrama. Sebab tu dapat tukar sekolah. Mak ayah orang tahu orang ni degil tak boleh dipaksa-paksa. Orang dah berkeras macam tu akhirnya mak ayah orang akur je. Lari pergi duduk dekat rumah awak yang akhirnya buat orang balik bersekolah kat kampung.
Sebab bersekolah kat kampung, orang kenal ramai budak-budak lelaki yang kerap telefon orang nak berkenalan. Hobi budak-budak sekolah tu memang mengorat kot. Semua orang mengorat. Dari yang tingkatan 5 sampai ke yang tingkatan 1 dan trend waktu tu ialah main telefon, macam budak-budak sekarang dengan SMS. Yang telefon-telefon orang ada ramai tapi itu tak penting. Cuma ada dua penelefon yang penting. Lan, budak kelas orang dan,awaklah, Zal.
Tingkatan 1 dan 2 dulu-dulu sekolah sesi petang. Satu hari waktu pagi kita terserempak tengah jalan. Orang tengok awak dah semakin rock. Pakai T-shirt hitam gambar hantu dengan jeans lusuh koyak-koyak. Rambut pun dah mula panjang. Awak dah tak sekolah lagi masa tu.
Di mata orang awak masih lagi menarik. Tapi kali ini awak nampak dingin. Muka sombong. Tanpa sebarang ekspresi dan reaksi, awak melintasi orang. Orang rasa awak sikit pun tak tengok pada orang masa tu. Bersahaja je. Tapi sedang elok orang sampai rumah, terus telefon rumah orang berdering. Ada budak lelaki nak bercakap dengan 'Shasha' di talian. Bila orang tanya siapa, dia jawab, "Aku Rizal". Orang gelak! Rizal? Rizal belakang rumah orang tu? Awak, Zal? Orang gelak sakan. Bukan gelakkan awak, tapi orang gelak sebab rasa kelakar. Awak telefon orang. Kelakarnya!
Macam tu lah kita mula-mula rapat dulu. Melalui telefon. Mula-mula awak cakap 'Aku' dengan orang tapi 'Aku' berubah jadi 'Saya'. Kita rapat macam maggi, segera. Kalau kita tak berkenalan lebih dari budak sekampung, mana orang nak tahu yang kita ni cukup serasi. Setiap cara awak kena je dengan cara orang. Elok cantik. Ngam masuk. Tahu-tahu, bergayut dengan awak pagi hari sekolah dah jadi rutin harian orang.

Jumaat, Julai 11, 2008 4:01:00 PTG
ermm...
Mula-mula awak cakap 'Aku' dengan orang tapi 'Aku' berubah jadi 'Saya'. Kita rapat macam maggi, segera.
*Hahaha...ni bestlah ! Dari aku terus berubah saya awak yea. Huhu...ceritalah lagi.. aku menunggu. :)
Jumaat, Julai 11, 2008 4:04:00 PTG
:)
menyusul.
Isnin, Julai 14, 2008 2:51:00 PTG
heh.. klasik-klasik jugak cerita ni
Isnin, Julai 14, 2008 2:59:00 PTG
cerita lapuk.
Isnin, Julai 14, 2008 7:09:00 PTG
tp best..
Isnin, Julai 14, 2008 8:10:00 PTG
:)
Selasa, Julai 15, 2008 4:00:00 PTG
adoi...
adoi....
dah kenapa dgn gua ni...
gua metal la...
boleh addicted plak dgn cerita2
mcm ni...
tapi tu laa...
teringat seorang suzana
satu kelas, senyum dia buat gua ilang arah, ilang akal, ilang jiwa iron maiden, metalika...
pastu bila dia blah masuk mrsm terendak...
gua jadik clueless...
adoi...
sis, teruskan usaha murni tu..
biar putus tali fender,
tapi jgn sesekali surrender...!!
ahaks...
naga bertemu naga.
Selasa, Julai 15, 2008 4:44:00 PTG
metal tetap metal.
cintan tetap cintan.
hehe.