SELINGAN KISAH KITA
Jumaat, Ogos 01, 2008
Orang tak tahu nak jelaskan apa yang berlaku antara kita lepas tu. Awak nampak keberatan nak lupakan orang dan orang pun rasa macam tu jugak. Lepas kita jumpa, awak telefon orang lagi keesokannya dan awak cakap awak tak jadi nak pergi Kuantan hari tu. Awak demam. Kesian awak.
Perbualan yang sepatutnya jadi janggal dengan kedudukan kita masa tu tak pulak jadi janggal. Peliknya, kita mesra dan ceria macam biasa. Seolah-olah tak ada apa yang pernah terjadi. Awak macam tak pernah kecewa dan nampak gembira dapat terus berbual dengan orang. Entah macam mana boleh jadi macam tu pulak. Tak ada sesi berdamai atau apa. Semua pulih dengan sendirinya. Macam ingatan tentang insiden Lan tempoh hari dah kena padam gitu je.
Orang tak perlu hilang awak. Awak tak nampak macam nak pergi dari orang langsung, tak macam sebelum ni bila awak cakap awak dah tak nak ganggu orang sebab orang dah terima Lan. Apa lagi yang nak orang mintak? Dah tentulah orang suka sangat. Awak macam dah melekat dengan orang dan tak rela nak pergi dari orang walaupun awak dah tahu pasal Lan. Orang pun 'Go with the flow' je la. Tak perlu nak pening-pening.
Sebenarnya kan, kalau orang tak sebut pasal insiden Lan tu pun tak jadi apa sebab ia tak mempengaruhi apa-apa pun antara kita. Dipendekkan cerita, kita terus rapat dan mesra macam biasa je lepas tu, sama macam kita mula-mula.
Cuma, bertambah serasi dan 'melekat'.

Sabtu, Ogos 02, 2008 3:48:00 PTG
yess...!!
yess...!!!
;)
Isnin, Ogos 04, 2008 2:02:00 PTG
huhu..