MANGSA KORBAN  

Khamis, Disember 03, 2009

Pelik kan macammana seseorang boleh buat kita teruja dan rasa  nak tersenyum walaupun dalam keadaan tegang? Tindak balas spontan yang berlaku pada hati di luar kawalan. Orang nampak awak siang hari tu. Awak lalu dengan motor, pakai T-shirt hitam dan jeans biru. Sepatutnya kita sedang tegang dengan situasi tapi macam dah semulajadi bila pandang satu sama lain, dengan sendirinya jadi nak tersenyum.

Orang rasa awak sendiri tak sangka boleh bertembung dengan orang siang hari tu. Orang keluar jumpa dengan Tina. Dah lama berkurung dalam rumah sejak insiden malam tu, orang mula nak jalani hidup seperti sediakala balik. Dari jauh, wajah awak mula-mula serius  tapi bila awak sedar orang ada, terus nampak air muka awak berubah. Awak terus nampak gemuruh, jadi serba tak kena. Zal, awak tersipu. Orang tahu awak sedaya-upaya cuba kawal tapi ketara sangat. Awak dah tak boleh nak pandang terus, jadi kaku atas motor, kepala tertunduk dan awak tersenyum-senyum, tak boleh nak bendung reaksi nampak orang.

Comelnya tengok gelagat awak yang gemuruh macam tu dan bila tiba-tiba Tina pula laung nama awak mengusik cakap orang panggil, terus awak menggelabah dan hilang kawalan sampai tak boleh bawak motor dengan betul. Awak melencong dan tak pasal-pasal terlanggar anak ayam yang tengah berjalan dengan mak dia. Kesian anak ayam tu, terkorban. Tina cakap, awak kena bayar langgar anak ayam dia. Mangsa korban. 


AddThis Social Bookmark Button


0 suara: to “ MANGSA KORBAN

MUZIUM